Sunday, December 27, 2009

Pengembaraan sang siputbabi (kisah fantasi) part 1

Mungkin agak pelik jika dibandingkan dengan kisah-kisah lain yang pernah diceritakan tetapi kisah yang akan dipaparkan ini merupakan sebahagian daripada rencam kehidupan di alam maya ini.

Jika dahulu manusia lebih gemar bercerita mengenai haiwan-haiwan seperti hikayat sang kancil, kisah puteri dan putera katak, beauty and the beast dan sebagainya tetapi di sini aku lebih gemar untuk menceritakan kisah pengembaraan sang siputbabi yang penuh warna-warni.

Kisah ini bermula sekitar beribu tahun lalu, di sebuah negara yang diberi nama Katari..sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai spesis haiwan dan serangga termasuk siputbabi yang mana kerajaannya dipimpin oleh seekor cerpelai yang berani tetapi tak berapa nak bijak. (dalam cerita ni semua haiwan boleh berkomunikasi secara normal sama seperti manusia...boleh menulis membaca dan mengira)

Negara Katari merupakan sebuah bandar yang harmoni dan kaya dengan hasil bumi yang melimpah ruah, tidak kurang juga dengan aktiviti perdagangan antarabangsa kerana terletak berhampiran lautan pasifik. Sebelum terlupa bandar Katari juga merupakan bandar yang bebas dari sebarang pencemaran kerana semuanya mengikut Undang-undang 47 (berhubung alam sekitar) yang ditetapkan dalam Perlembagaan Ayuthia 737.

Negara ini juga merupakan sebuah bandar yang memiliki kadar inflasi yang rendah dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana memiliki simpanan emas yang banyak (lebih daripada batasan pemikiran manusia).

Meskipun kaya dengan pelbagai sumber alam dan memiliki rakyat yang berbilang jenis (sebab yang tinggal di sini adalah haiwan dan serangga) namun sikap kejenisan (perkauman) amat tinggi dan mementingkan kehidupan spesis mereka sahaja dalam apa jua aspek.

Arakian bermula kisah pengembaraan sang siputbabi yang diberi nama Johnny Brasco dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan yang dilimpahi dengan kasih sayang serta memiliki segala kemudahan asas yang serba lengkap.

Johnny dilahirkan di sebuah bandar yang diberi nama Nadayaga. Sebuah bandar kecil di mana komuniti di sini masih mempunyai norma-norma kehidupan yang normal namun pada masa yang sama memiliki sikap Kiasu yang lebih dominan.

Johnny bukanlah seekor siputbabi yang genius tetapi gemar membaca dan suka mengambil tahu perkara yang berlaku disekelilingnya (bukan busybody tetapi sekadar ambil tahu).Johnny juga merupakan seekor siputbabi yang mempunyai pelajaran tinggi sekadar memiliki segulung ijazah sarjana muda dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta bijak menyelesaikan masalah mengikut caranya yang tersendiri.


bersambung.....(nanti aku sambung lagi)

No comments:

Post a Comment