Thursday, December 31, 2009

emansipasi 2010

Setiap tahun kita meraikan sambutan tahun baru...tidak kira di desa mahu pun di bandar...tetapi sambutannya tetap dengan satu tujuan...meraikan kedatangan tahun baru.

Bagi aku sambutan tahun baru kali ini agak membosankan...kerana semuanya hampir sama sahaja...tiada apa yang berbeza....pertunjukan bunga api...kelibat manusia bergembira meraikan kedatangan tahun baru dengan azam yang mungkin berbeza.

Apa yang membosankan aku adalah...setiap kali tahun baru...kita akan disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan yang membosankan...nyanyian..tarian..percikan bunga api..apa lagi?? adakah ini sahaja cara yang sewajarnya dilakukan saban tahun??

Lagi menyedihkan aku ialah..setiap tahun aku akan nampak benda yang sama...orang mabuk!!! lepas minum alkohol..nampak bintang...lepas nampak bintang mula buat benda bukan2 dan menyusahkan semua orang...yang lagi membingitkan aku ialah yang mabuk tu MELAYU...agama aku tak pasti la...kalu ikut agama turun temurun islam la dia...ISLAM ke dia??

Semalam aku melihat fenomena yang membosankan...seorang makhluk yang digelar melayu...minum di khalayak ramai dan mabuk...pastu cakap merepek2 dan kemudian menari sorang2 macam org gila...macam dunia ini dia yang punya...tak lama pastu...datang lagi sekor binatang menari ngan dia...ya salam...ini la yang dikatakan kecik2 AHLI SUFI...dah besar jadi BINATANG!!!!

Aku sememangnya terkilan melihat anak bangsa aku sendiri menjadi begini...tapi apakan daya...menjelang akhir zaman maksiat berada di mana-mana sahaja...

Aku sedih kerana bangsa aku merupakan sebuah bangsa yang hanya megah pada nama sahaja...tetapi apa pun tiada...ketuanan melayu dicabar...ekonomi negara bukan pegangan kita...yang tinggal hanya baju melayu...tu pun kedai cina yang buat...

Sunday, December 27, 2009

Pengembaraan sang siputbabi (kisah fantasi) part 1

Mungkin agak pelik jika dibandingkan dengan kisah-kisah lain yang pernah diceritakan tetapi kisah yang akan dipaparkan ini merupakan sebahagian daripada rencam kehidupan di alam maya ini.

Jika dahulu manusia lebih gemar bercerita mengenai haiwan-haiwan seperti hikayat sang kancil, kisah puteri dan putera katak, beauty and the beast dan sebagainya tetapi di sini aku lebih gemar untuk menceritakan kisah pengembaraan sang siputbabi yang penuh warna-warni.

Kisah ini bermula sekitar beribu tahun lalu, di sebuah negara yang diberi nama Katari..sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai spesis haiwan dan serangga termasuk siputbabi yang mana kerajaannya dipimpin oleh seekor cerpelai yang berani tetapi tak berapa nak bijak. (dalam cerita ni semua haiwan boleh berkomunikasi secara normal sama seperti manusia...boleh menulis membaca dan mengira)

Negara Katari merupakan sebuah bandar yang harmoni dan kaya dengan hasil bumi yang melimpah ruah, tidak kurang juga dengan aktiviti perdagangan antarabangsa kerana terletak berhampiran lautan pasifik. Sebelum terlupa bandar Katari juga merupakan bandar yang bebas dari sebarang pencemaran kerana semuanya mengikut Undang-undang 47 (berhubung alam sekitar) yang ditetapkan dalam Perlembagaan Ayuthia 737.

Negara ini juga merupakan sebuah bandar yang memiliki kadar inflasi yang rendah dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana memiliki simpanan emas yang banyak (lebih daripada batasan pemikiran manusia).

Meskipun kaya dengan pelbagai sumber alam dan memiliki rakyat yang berbilang jenis (sebab yang tinggal di sini adalah haiwan dan serangga) namun sikap kejenisan (perkauman) amat tinggi dan mementingkan kehidupan spesis mereka sahaja dalam apa jua aspek.

Arakian bermula kisah pengembaraan sang siputbabi yang diberi nama Johnny Brasco dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan yang dilimpahi dengan kasih sayang serta memiliki segala kemudahan asas yang serba lengkap.

Johnny dilahirkan di sebuah bandar yang diberi nama Nadayaga. Sebuah bandar kecil di mana komuniti di sini masih mempunyai norma-norma kehidupan yang normal namun pada masa yang sama memiliki sikap Kiasu yang lebih dominan.

Johnny bukanlah seekor siputbabi yang genius tetapi gemar membaca dan suka mengambil tahu perkara yang berlaku disekelilingnya (bukan busybody tetapi sekadar ambil tahu).Johnny juga merupakan seekor siputbabi yang mempunyai pelajaran tinggi sekadar memiliki segulung ijazah sarjana muda dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta bijak menyelesaikan masalah mengikut caranya yang tersendiri.


bersambung.....(nanti aku sambung lagi)

Siputbabi


The word snail (siputbabi) is a common name for almost all members of the molluscan class Gastropoda that have coiled shells in the adult stage. When the word snail is used in a general sense, it includes sea snails, land snails and freshwater snails. Snails lacking a shell or having only a very small one are usually called slugs. Snails that have a broadly conical shell that is not coiled or appears not to be coiled are usually known as limpets.

Snails can be found in a wide range of environments including: ditches, deserts, and the abyssal depths of the sea. Although most people are familiar with terrestrial snails, land snails are in the minority. Marine snails have much greater diversity and a greater biomass. The great majority of snail species are marine. Numerous kinds can be found in fresh water and even in brackish water. Many snails are herbivorous, though a few land species and many marine species are omnivores or predatory carnivores.

Snails that respire using a lung belong to the group Pulmonata, while those with gills form a paraphyletic group; in other words, snails with gills are divided into a number of taxonomic groups that are not very closely related. Snails with lungs and with gills have diversified widely enough over geological time that a few species with gills can be found on land, numerous species with a lung can be found in freshwater, and a few species with a lung can be found in the sea.

Snails have thousands of tooth like stuctures. These thousands of tiny teeth are located on a ribbon like tongue and work like a file and rip the food to bits. The tongue is called a radula.

Saturday, December 26, 2009

Kisah siputbabi di dalam selimut

At last...aku memiliki ruangan maya aku sendiri...sudah lama aku mengidamkan saat ini bagi membolehkan aku meluahkan rasa kasih sayang, kebencian, ketidak puasan hati aku terhadap fenomena alam yang berlaku di sekeliling aku...mungkin cliche ayat yang aku gunakan tetapi aku tak peduli itu semua kerana di sini akan aku catatkan KISAH SIPUTBABI DI DALAM SELIMUT....bermulanya sebuah epik!!!!