Sunday, January 10, 2010

Sehari di Temasik mencari semangka

9 Januari 2010 merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke luar Malaysia....first time dulu waktu aku di tingkatan 3....memang excited maut bile nak g sana.....tambah2 pulak singapore...

Tepat pukul 7.30 aku bersama 4 lagi kawan2ku berkumpul di restoran panel kami di Jalan Serampang, Taman Pelangi...serius teruja maximum punya....bergerak la aku bersama rombongan aku menuju ke Danga City Mall dengan hasrat nak naik kereta api ke negara republik itu...tetapi sesampainya aku di sana...hampas...setesen kereta api itu tutup dan security yang patut jaga kaunter pun lenyap dari pandangan...sial betul...

Berubah kepada plan kedua....menaiki bas ekspess ke sana....dengan sepantas biawak kami semua bergegas ke Terminal Bas Larkin untuk menuju ke sana....kira-kira pukul 9 gak la aku naik bas menuju ke CIQ...

Perasaan teruja tu masih ada lagi....dalam bas aku excited la kan...kemudian aku dan rombongan aku tiba di CIQ Malaysia untuk pemeriksaan pasport...memang terkujat la aku kan...tengok semua org turun bas berlari mengalahkan org bersukan...time ni aku ok lagi....aku jalan je la macam biasa...lepas cek pasport aku turun ke bawah nak naik bas balik menuju CIQ Singapura....

Tak sampai lima minit pun...aku dah sampai CIQ Singapura....semua turun berlari macam CIQ tu nak lari...aku terus berpikir mengapakah ini terjadi??? aku pun terus menuju ke kaunter CIQ negara republik itu....agak cepat jugak la kan...tetapi muka pegawai imigresen sana ketat nak mampus...sekuriti checking dah macam aku ni terrorist dah...pandang aku macam nak makan...sialan punya warga SIngapura...setel semua aku turun la tunggu bas balik menuju ke Bugis....(lepas aku turun bas baru aku tau nama tempat tu bugis)

Sesampainya aku di Bugis....aku bersama rakan2 rombongan kene carik dimanakah MRT...ketua rombongan aku bersama assistantnya memainkan peranan yang begitu efisien mengorak langkah sambil aku membebel kenapakah semua orang berlari ketika menuju CIQ...lepas tu aku naik MRT menuju ke shopping kompleks yang diberi nama Mustafa Centre...

Sesampainya aku di sana...aku di bawa ke area minyak wangi....di situ aku terkedu...kerana cologne yang aku nak pakai selama ni yang payah maut aku carik bersepah depan mata....OLD SPICE...memang best...tanpa berlengah aku membeli dgn kadar yang begitu banyak (stok setahun...hahahah)....lepas je aku bayar aku g departmen kasut...umak aih...Adidas main jual longgok je....cam haram...tak rasa eksklusif langsung bila pakai adidas...

Lepas itu...aku dan rombongan aku g makan nasik la....lapar ma....lepas shopping first round...aku g restoran kat sebelah Mustafa centre tu....memang gerek...dia punya kari ikan dah macam aku makan kat Penang dah...memang best....harga sikit lebih kurang kat Malaysia je......lepas kenyang aku meneruskan rombongan ke destinasi seterusnya...Lucky Plaza...

Niat hati aku memang nak carik brand Lonsdale....aku dgn girang menuju ke sana...sesampainya aku kat area Orchard (kalu tak silap la kan...)...aku ternampak sesuatu yang indah...Mark n Spencer....memang keindahan alam maya la bila aku nampak sebuah bangunan itu hanya Mark n Spencer....memang stim aku tgk....memandangkan aku kejar masa...aku terus la ke Lucky Plaza....

Ketua Rombongan aku dgn gerombolannya tanpa berlengah membeli minyak wangi semahunya....price memang best la...convert pun still murah....time ni aku sombong....tak nak beli....sebab aku nak carik baju Lonsdale...lepas aku round area Lucky Plaza tu...haram tak nampak brand idaman itu....next destination aku ke Takashimaya....dgn harapan ada la...punah juga...penat aku jalan area Orchard Road...brand tu takde..yang aku jumpa CK..Armani...DKNY dan seangkatan dengannya...semua butik...haram J sungguh...bila kecewa aku g balik Lucky Plaza aku beli la minyak wangi dgn kuantiti yang sungguh menakjubkan...(to be continue la ek...penat la)

Wednesday, January 6, 2010

aku,dia dan masa depan yang tak pasti

Merenung ke dinding dan mataku terlihat jam tepat pukul 12.44 pagi....7 Januari 2010...tiada banyak perbezaan yang berlaku ke atas diriku sebaliknya hampir sama seperti dahulu....kadang kala aku terpikir...sampai bila aku harus begini???

Pertanyaan demi pertanyaan aku lontarkan ke dalam benak pikiranku....apakah yang akan terjadi 10 tahun dari sekarang?? apakah aku masih di sini??? adakah perkara yang sama akan aku lakukan?? dan persoalan pokoknya adakah aku masih bersendirian sama seperti 10 tahun lalu?? kusut aku memikirkannya....usia semakin bertambah tetapi masih sama seperti dulu....

Kadang-kala aku semakin muak ingin menjawab soalan dari masyarakat sekeliling....bila nak naik pelamin??? kalu la nak naik pelamin tu macam membeli sekeping DVD atau mengunyah karipap sambil minum air sirap atau tidur di waktu malam senang aku nak jawab...tetapi ia jauh lebi sukar daripada itu....setiap kali aku jumpa kawan2 lama itu la soalannya....cuba la tanya sapa bende senang2....macam isu semasa ke senang la aku bg jawapan...

Bosan..bengang...marah...geram...cemburu...iri hati....satu perasaan bercampur baur wujud di dalam benak hati dan minda aku...tambah2 dah ramai member sebaya aku naik pelamin...mungkin nampak macam desprate tetapi hakikatnya memang aku stress....tiap kali balik kampung...jumpa member...online...semua tanya bende sama....argghhhhh....

Kadang-kala aku juga ingin mendapatkan jawpan yang pasti....tetapi seperti yang aku katakan....naik pelamin bukan macam beli DVD atau makan karipap sambil minum air sirap....ia persoalan yang melibatkan dua hati menjadi satu bagi menjalani kehidupan berkeluarga sampai akhir hayat....satu lagi persoalan C#Major.....sapa calon yang nak kat aku??? dah la aku ni sekadar pencatat kejadian yang hidup secara nomad...berpindah randah....

Kadang-kala aku rasa macam tak laku....kadang-kala aku rasa masih awal....ikut usia aku tahun ni dah mencecah suku abad....entahlah...tetapi harus diingat...aku tidak pernah berputus asa...aku sentiasa mencuba...jatuh sekali tak semestinya jatuh untuk kali kedua...tapi kalu dah jatuh jugak...bangun la sendiri kan??

Aku akan terus berusaha untuk mencari seseorang yang boleh menerima aku dari segala segi dan bersedia untuk mengharungi kehidupan bersama aku pada masa akan datang...kalu ada orang yang sanggup untuk hidup dgn aku (bukan kerana terpaksa....aku akan pastikan aku akan sentiasa menghiburkan dirinya dan akan aku pastikan dia hidup dengan gembira sehingga ke akhir hayat aku.......itu adalah PASTI!!!!!

Thursday, December 31, 2009

emansipasi 2010

Setiap tahun kita meraikan sambutan tahun baru...tidak kira di desa mahu pun di bandar...tetapi sambutannya tetap dengan satu tujuan...meraikan kedatangan tahun baru.

Bagi aku sambutan tahun baru kali ini agak membosankan...kerana semuanya hampir sama sahaja...tiada apa yang berbeza....pertunjukan bunga api...kelibat manusia bergembira meraikan kedatangan tahun baru dengan azam yang mungkin berbeza.

Apa yang membosankan aku adalah...setiap kali tahun baru...kita akan disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan yang membosankan...nyanyian..tarian..percikan bunga api..apa lagi?? adakah ini sahaja cara yang sewajarnya dilakukan saban tahun??

Lagi menyedihkan aku ialah..setiap tahun aku akan nampak benda yang sama...orang mabuk!!! lepas minum alkohol..nampak bintang...lepas nampak bintang mula buat benda bukan2 dan menyusahkan semua orang...yang lagi membingitkan aku ialah yang mabuk tu MELAYU...agama aku tak pasti la...kalu ikut agama turun temurun islam la dia...ISLAM ke dia??

Semalam aku melihat fenomena yang membosankan...seorang makhluk yang digelar melayu...minum di khalayak ramai dan mabuk...pastu cakap merepek2 dan kemudian menari sorang2 macam org gila...macam dunia ini dia yang punya...tak lama pastu...datang lagi sekor binatang menari ngan dia...ya salam...ini la yang dikatakan kecik2 AHLI SUFI...dah besar jadi BINATANG!!!!

Aku sememangnya terkilan melihat anak bangsa aku sendiri menjadi begini...tapi apakan daya...menjelang akhir zaman maksiat berada di mana-mana sahaja...

Aku sedih kerana bangsa aku merupakan sebuah bangsa yang hanya megah pada nama sahaja...tetapi apa pun tiada...ketuanan melayu dicabar...ekonomi negara bukan pegangan kita...yang tinggal hanya baju melayu...tu pun kedai cina yang buat...

Sunday, December 27, 2009

Pengembaraan sang siputbabi (kisah fantasi) part 1

Mungkin agak pelik jika dibandingkan dengan kisah-kisah lain yang pernah diceritakan tetapi kisah yang akan dipaparkan ini merupakan sebahagian daripada rencam kehidupan di alam maya ini.

Jika dahulu manusia lebih gemar bercerita mengenai haiwan-haiwan seperti hikayat sang kancil, kisah puteri dan putera katak, beauty and the beast dan sebagainya tetapi di sini aku lebih gemar untuk menceritakan kisah pengembaraan sang siputbabi yang penuh warna-warni.

Kisah ini bermula sekitar beribu tahun lalu, di sebuah negara yang diberi nama Katari..sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai spesis haiwan dan serangga termasuk siputbabi yang mana kerajaannya dipimpin oleh seekor cerpelai yang berani tetapi tak berapa nak bijak. (dalam cerita ni semua haiwan boleh berkomunikasi secara normal sama seperti manusia...boleh menulis membaca dan mengira)

Negara Katari merupakan sebuah bandar yang harmoni dan kaya dengan hasil bumi yang melimpah ruah, tidak kurang juga dengan aktiviti perdagangan antarabangsa kerana terletak berhampiran lautan pasifik. Sebelum terlupa bandar Katari juga merupakan bandar yang bebas dari sebarang pencemaran kerana semuanya mengikut Undang-undang 47 (berhubung alam sekitar) yang ditetapkan dalam Perlembagaan Ayuthia 737.

Negara ini juga merupakan sebuah bandar yang memiliki kadar inflasi yang rendah dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana memiliki simpanan emas yang banyak (lebih daripada batasan pemikiran manusia).

Meskipun kaya dengan pelbagai sumber alam dan memiliki rakyat yang berbilang jenis (sebab yang tinggal di sini adalah haiwan dan serangga) namun sikap kejenisan (perkauman) amat tinggi dan mementingkan kehidupan spesis mereka sahaja dalam apa jua aspek.

Arakian bermula kisah pengembaraan sang siputbabi yang diberi nama Johnny Brasco dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan yang dilimpahi dengan kasih sayang serta memiliki segala kemudahan asas yang serba lengkap.

Johnny dilahirkan di sebuah bandar yang diberi nama Nadayaga. Sebuah bandar kecil di mana komuniti di sini masih mempunyai norma-norma kehidupan yang normal namun pada masa yang sama memiliki sikap Kiasu yang lebih dominan.

Johnny bukanlah seekor siputbabi yang genius tetapi gemar membaca dan suka mengambil tahu perkara yang berlaku disekelilingnya (bukan busybody tetapi sekadar ambil tahu).Johnny juga merupakan seekor siputbabi yang mempunyai pelajaran tinggi sekadar memiliki segulung ijazah sarjana muda dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta bijak menyelesaikan masalah mengikut caranya yang tersendiri.


bersambung.....(nanti aku sambung lagi)

Siputbabi


The word snail (siputbabi) is a common name for almost all members of the molluscan class Gastropoda that have coiled shells in the adult stage. When the word snail is used in a general sense, it includes sea snails, land snails and freshwater snails. Snails lacking a shell or having only a very small one are usually called slugs. Snails that have a broadly conical shell that is not coiled or appears not to be coiled are usually known as limpets.

Snails can be found in a wide range of environments including: ditches, deserts, and the abyssal depths of the sea. Although most people are familiar with terrestrial snails, land snails are in the minority. Marine snails have much greater diversity and a greater biomass. The great majority of snail species are marine. Numerous kinds can be found in fresh water and even in brackish water. Many snails are herbivorous, though a few land species and many marine species are omnivores or predatory carnivores.

Snails that respire using a lung belong to the group Pulmonata, while those with gills form a paraphyletic group; in other words, snails with gills are divided into a number of taxonomic groups that are not very closely related. Snails with lungs and with gills have diversified widely enough over geological time that a few species with gills can be found on land, numerous species with a lung can be found in freshwater, and a few species with a lung can be found in the sea.

Snails have thousands of tooth like stuctures. These thousands of tiny teeth are located on a ribbon like tongue and work like a file and rip the food to bits. The tongue is called a radula.

Saturday, December 26, 2009

Kisah siputbabi di dalam selimut

At last...aku memiliki ruangan maya aku sendiri...sudah lama aku mengidamkan saat ini bagi membolehkan aku meluahkan rasa kasih sayang, kebencian, ketidak puasan hati aku terhadap fenomena alam yang berlaku di sekeliling aku...mungkin cliche ayat yang aku gunakan tetapi aku tak peduli itu semua kerana di sini akan aku catatkan KISAH SIPUTBABI DI DALAM SELIMUT....bermulanya sebuah epik!!!!